50 pelajar asnaf di sekitar batang kali selangor menerima bantuan daripada syarikat pengeluar makanan tambahan kanak-kanak al fateh alami sdn bhd sumbangan dalam bentuk peralatan sekolah dan kewangan itu merupakan sebahagian daripada tanggungjawab sosial syarikat itu kepada golongan yang memerlukan. Menurut pengarah urusannya ariff subri sumbangan tersebut diharap dapat meringankan beban keluarga asnaf yang masih mempunyai anak bersekolah. Kita ambil kesempatan ini untuk menyampaikan bantuan kepada pihak sekolah dan juga kita sampaikan juga zakat untuk pelajar-pelajar asnaf. Jadi ada lebih kurang 50 orang pelajar asnaf yang kita dapat berikan zakat. Dan juga pada hari yang sama ini kita buat penyerahan kereta perodua bezza kepada madrasah terpilih alhamdulillah. Antara pelajar asnaf yang menerima sumbangan tersebut adalah dari sekolah kebangsaan batang kali dari mewakili guru besarnya dan turut menerima barangan tambahan seperti pelitup muka dan cecair pembasmi kuman untuk kegunaan pelajar dan guru sekolah tersebut. Manakala sumbangan kereta perodua bezza diberikan kepada mudir madrasah assajidin untuk kegunaan pelajar di sana. Pada masa yang sama syarikat yang semakin meningkat jualannya itu turut melancarkan produk baharu keluaran mereka capal organic food al fateh ajwa aliyah jumbo. Sementara itu duta elite al fateh alami sdn bhd mohammad nor abd hamid mengajak orang ramai untuk menyertai al fateh kerana pelbagai kelebihan akan ditawarkan. Yang pertama ejen tanpa modal kita tak perlu keluarkan modal dan seterusnya bisnes al fateh juga menawarkan kepada semua orang di luar sana yang ingin mencari peluang pekerjaan dan yang ingin menambah income pendapatan in shaa Allah.